1. Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku .
2. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku , maka didedahkan kemungkaran tersebut ( Bahkan ada kalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi dan masa depan generasi akan datang-penulis ) .
3. Meminta fatwa daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya , berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasulullah s.a.w tentang suaminya yang kedekut .
4. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli ( dalam konteks situasi semasa ialah pekerja ) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya . Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini , maka harus mendedahkan keburukannya sekiranya ada . Terdapat tiga golongan manusia yang seandainya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat , iaitu pemimpin yang zalim , ahli bidaah dan seorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan .
5. Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal degan gelaran tertentu . Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang , buta dan sebagainya .
6. Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiqan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya , peminum arak , penzina , dan sebagainya . Tetapi jika melakukannya secara tersembunyi , maka tidak harus disebut tentang mereka .
Tetapi , enam situasi ini mestilah dikawan dengan kaedah “al-dararutuqaddaru bi qadariha” yang bermaksud , setiap perkara darurat hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja . Ini bermakna sekiranya sekiranya tidak disebut nama seseorang , maka itu lebih baik . Tetapi , sekiranya tidak disebut secara khusus menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan , maka bolehlah disebut nama . Perbuatan itu masih dikira mengumpat , tetapi hukumnya harus .
No comments:
Post a Comment