Langkah Agresif Memburu Kemanisan (1)

INGATLAH DUA PERKARA :-

1. Kebaikan orang kepada kita .
Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat . Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat , wang ringgit , tenaga , dan sebagainya perlulah diingat . Jika boleh , dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih . Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakn kebaikan orang lain melebihi kesalahannya .

Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri , perlu sentiasa diingat dan sentiasa disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran lidah dan hati . Firman Allah s.w.t yang bermaksud “ Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya ( sebagai tanda bersyukur ).” ( Surah al-Duha 93:11 )

2. Kesalahan kita kepada orang .
Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf . Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah . Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi .

Lebih perlu , kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepad Allah . Ini akan menimbulkan rasa insaf , takut , menyesal , yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah . Ingatlah , bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur .


Syukran Jazilan :)

No comments:

Post a Comment