Dataran Pahlawan Shopping Mall Melaka, 12.45 tengah hari.
Saya duduk sebentar di salah sebuah bangku berhadapan kedai kasut. Penat menunggu rakan memilih kasut. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab heels, wedges dan sewaktu dengannya untuk memberi pandangan kepada beliau. Jadi, saya serahkan pada yang pakar sahaja.
Sambil duduk, mata meliar melihat orang-ramai yang lalu lalang. Macam-macam fesyen dan ragam ada. Suasana tidak terlalu sibuk. Mungkin kerana siang hari, orang malas keluar shopping sebab berpuasa. Tergelak kecil saya melihat ragam mereka semua. Anak-anak kecil comel berjalan sendiri tanpa mahu di bantu ayahnya membuat saya tersenyum. Terdetik juga dalam hati melihat fesyen budak-budak zaman sekarang. Umur baru setahun jagung sudah pandai bergaya bagai. Betapa untung mereka. Jika di banding dengan saya, jauh panggang dari api.
Lama menunggu, jarum jam sudah menginjak ke pukul 1.10 petang. Saya masih lagi setia memerhati. Kawan-kawan masih leka membantu rakan saya memilih kasut. Mata saya terpandang pada satu pasangan yang juga memasuki ke kedai kasut. Terdetik dalam hati saya "Tak pergi solat Jumaat ke mamat ni? Dah pukul 1 boleh shopping-shopping lagi?" Bukan hanya beliau, ramai lagi kaum adam yang saya pasti berbangsa Melayu beragama Islam masih berlegar-legar di sekitar mall. Bukan hanya yang muda, yang umur awal 40-an, yang saya pasti sudah bergelar ayah pun ada.
Saya cuba berfikiran positif.
"Agaknya masjid dekat kot, tu yang boleh shopping lagi. Tak pun dorang ni dalam musafir."
Di dalam kereta, sewaktu perjalanan pulang, sekitar pukul 1.00 hingga 2.00 petang.
Saya memandang keluar tingkap kereta. Tiba-tiba salah seorang rakan bersuara.
"Eh, tengok kereta tu! Diorang buat apa la tu? Tak puasa la tu."
Saya menoleh. Sebuah kereta tersadai di bawah sepohon pokok. Kedua-dua pintu hadapan kereta terbuka. Dari hujung mata, saya melihat penumpang dan pemandu lelaki. Bukan muda remaja, tapi sudah layak bergelar ayah.
Syukur bukan melakukan maksiat. Namun, kata-kata rakan saya tidak terhenti di situ.
"Hah! kan betul aku cakap, tu air tin."
Gulp...terkesima sekejap saya.
Juga di dalam kereta.
Saya memerhati keluar tingkap lagi. Dalam hati saya berfikir, inikah wajah sebenar Muslim hari ini? Muslim di alaf baru yang sudah maju? Sudah hilangkah rasa malu untuk membuat dosa secara terang-terangan? Tidak malu dan tidak takutkah kepada Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui segala hal hatta detik hati kita sekalipun? Hebat sangatkah diri untuk ingkar suruhan Allah? Ya Allah, sungguh aku takut dengan keadaan pemuda-pemudi sekarang.
Tak logik rasanya dalam keadaan musafir tapi boleh keluar bershopping dengan awek. Masjid dekat? Habis tu, kalau jalan jammed? Dengan nak balik rumah bersiap mandi segala bagai? For sure solat Jumaat dalam kereta!!!
Yang tidak berpuasa tu lagi membuatkan saya panas hati. Tak malu ke kalau budak-budak nampak korang tengah sedap melantak dalam kereta? Budak kecil pun pandai berpuasa. Takkan uzur kot? Jangan ingat sorok-sorok makan dalam kereta, kat kawasan sunyi, kamu boleh lepas dari pandangan Allah. Tidak sama sekali sebab, Allah tu Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui. Bila nafsu sendiri menguasai diri, syaitan, iblis, jin segala bagai kena ikat macam mana sekalipun tetap nak buat dosa juga. Bagaimana mahu menjadi pemimpin, ketua keluarga jika begini perangainya? Mengeluh dalam hati saya. Insaflah wahai manusia! Kita ni hamba saja. Tak lama lagi kuburlah tempat kita kembali.
Tiba-tiba mata saya terpandang pada deretan motosikal yang menderu laju di sebelah kereta. Segak anak-anak muda berbaju Melayu. Sudah selesai solat Jumaat barangkali. Saya tersenyum sendiri di dalam hati.
"Alhamdulillah, masih ramai muslimin yang pandai bersyukur, yang ingat dan sayang Allah!"
No comments:
Post a Comment